Feed on
Posts
Comments

The Gardens Mid Valley

Assalamualaikum,

Lama tak sambung cerita Hariz ni… Sebenarnya lepas main-main tu Hariz ke Pizza Hut untuk makan tengahari. Disebabkan kelaparan yang sangat Hariz habiskan 3 keping garlic bread . Lepas tu pergi jalan jalan pulak ke The Gardens.

Gardens1

Gardens Mid Valley luas tapi tak ramai orang, mungkin sebab barangan tu branded dan mahal maka tak ramai berani ke sana. Tapi Hariz tetap teruja walaupun tak beli apa apa di sana.

Gardens2

Dah penat berjalan jalan tu … releks la pulok …pakcik weh..

Sekian, sebenarnya perjalan ni satu hari jee…tapi entry tu sampai sebulan.

Assalamualaikum,

Bersambung kita dalam aktiviti Hariz di Mid Valley tu. Selepas beli Thomas tu

Hariz terus tak lepaskan peluang ke tempat permainan yang terletak bersebelahan.

Fireman01

Tak melepaskan peluang memandu kereta bomba ala ala Fireman Sam iaitu satu lagi siri kegemaran dalam Astro Ceria.

Fireman02

Lagi aksi dengan kereta bomba tu. Lepas tu Hariz terus ke permainan yang lain pulak.

Bowling1

Terus saja main bowling kat situ, sebenarnya inilah kali pertama Hariz main bowling ni.

Bowling02

Walaupun baru kali pertama tapi Hariz dapat 2 kali strike tau…..

Bowling03

Tengok tu aksi Hariz , dengan penuh kosentrasi untuk buat balingan, Hariz mendapat kedudukan ke-3 keseluruhan . Boleh tahan jugak untuk kali pertama. Sebenarnya Hariz teruja untuk main bowling tu selepas tengok budak gemuk kat sebelah tu main.

Okay teruskan lagi mengikuti perjalanan Hariz.

Bye….. bye……

Assalamualaikum,

Apa khabar ? Tentu ramai yang tertunggu-tunggu apa akitiviti Hariz sekarang ni . Hari tu Hariz telah pergi ke Mid Valley Mega Mall untuk menunaikan hajat Hariz membeli permainan baru tapi dah lama mengidam tu.

Kepong Sentral1

Ni gambar Hariz tengah posing kat depan Stesen KTM Komuter di Kepong Sentral. Hariz menggunakan stesen ni kerana ianya stesen paling dekat dengan rumah Hariz di Selayang tu.

Kepong Sentral2
“Ahh…..lambat pulak keretapi ni..”

Hariz dengan bangganya sedang menunggu KTM Komuter.

Komuter

Gambar dalam Komuter dalam keadaan terkejut kerana ramai sangat orang hari tu. Dari Kepong Sentral ke stesen MidValley mengambil masa lebih kurang 25 minit je.

Sampai di sana terus round round dan cari tempat mainan.

Mid Valley1

Hariz dengan bangga dan konfius kerana dapat beli Thomas iaitu permainan keretapi seperti yang di tayangkan setiap hari di Astro tu. Sebenarnya bila sampai kesana tu Hariz hampir lupa untuk membeli Thomas kerana menukar pilihan ke Ryukendo, dan ke Power Rangers , ke macam macam mainan lain dan akhirnya kembali ke Thomas.

Jangan lupa sambungan perjalanan Hariz….

Bye……. Bye…………..

Mhariz dan Xpax

Assalamualaikum,

Sapa kata MHariz tak ada Xpax. Sapa kata … Sapa kata …..Nah ni MHariz dengan Xpax dia.

Xpax01

Hariz dengan bangganya dan aksi kembang hidung menunjukkan Xpax Celcom nya. Semua ini gara gara iklan Xpax untuk slot Aksi di TV3 bagi drama Impak Maksima.

Xpax02

Lagi aksi bangganya Hariz dengan Xpax . Untuk perhatian: Hariz tidak di bayar untuk tujuan iklan Xpax ini , ini adalah semata mata pengaruh iklan di TV tapi kalau Celcom nak bayar tu di alu alukan untuk melantik Hariz sebagai Duta Kecil Xpax.

Bye ……bye……….

Assalamualaikum semua,

Apa khabar , pada bulan Feb lepas iaitu masa cuti Tahun Baru Cina, Hariz balik Kg Sawah, Pekan Pahang untuk melawat Tok dan saudara, pasal dah lama tak balik kampung iaitu semenjak bulan puasa tempoh hari lagi. Sebenarnya Hariz nak balik pada akhir tahun tapi kerana banjir melanda kampung tu maka Hariz tunda laa perjalanan balik kampung tu.

LPT01

Ni gambar masa berenti untuk makan dan rehat di R&R Temerloh , tengahari yang panas dan ramai orang balik kampung. Berhenti di Temerloh kerana mak mengidam nak makan ikan patin. Kalau sapa sapa nak makan masak lemak ikan patin tu silalah ke R&R Temerloh yang terkenal dengan ikan patin.

LPT02

Lagi di R&R Temerloh, lepas makan tu beli pulak buah untuk Tok dan keluarga, tu Hariz tengah makan jambu …jambu testing dari penjual jambu.

LPT03-Sawah

Sebenarnya banyak aktivit dan kenduri yang Hariz pergi masa di Kampung Sawah tu , tapi ni lah aktiviti yang paling menerujakan Hariz iaitu main kayu dan kejar ayam dengan sepupu Hariz yang lain.

Bye …… jumpa lagi.

Assalamualaikum apa khabar semua,

Tahu tak Hariz keluar sebagai cover boy dalam Sports Illustrated.

Kenapa tak caya kee??? Tu tandanya Hariz semakin glamour sekarang ni …heeee..heeee..

Sampai jumpa lagi bye….

Assalamualaikum semua,

Apa khabar semua diharap sihat, Hariz sudah 4 hari demam dan menambahkan demam dengan tidak mahu makan ubat.

Pernah dengar tak nama Dr Halina Mohd Yunos, yee …. girlfriend Dr Sheikh Muszaphar Angkasawan Negara tu. Kalau semua nak tahu Dr Halina lah yang menyambut kelahiran Hariz pada jam 9.10 am 17 Jun 2005 di Hospital Selayang.

Dr Halina

Dr Halina ingat Hariz lagi tak? Hariz selalu ingat Dr Halina……

Bye ….. doakan Hariz sempat sembuh yee…

Jom Main Golf

Assalamualaikum,

Apa khabar semua, apa kata tahun baru ini kita main golf bersama MHariz.

Golf1

Pertama, gaya mesti ada untuk bermain golf. Kalau tak ada gaya tu lupakan lah untuk main golf…. terus lah bermain gasing ke congkak ke ……

Golf2

Aksi sebelum memukul bola , pastikan kuda kuda betul betul kuat .

Golf3

Tengok bola dan teruskan hayunan……. pastikan jangan menghala ke TV kalau bermain dalam rumah tu….. teruskan sampai masuk dalam lubang yang di sediakan.

Bye…… sehingga jumpa lagi.

Selamat Tahun Baru 2008

Assalamualaikum,

Rasanya belum terlewat lagi untuk Hariz mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 untuk pengunjung blog ini. Semperna tahun baru ini Hariz telah menukar fesyen rambut ke rambut ala Mawi….. semoga tahun baru ini Hariz dimurahkan rezeki melimpah ruah macam Mawi tu…

Tahun Baru1

Amacam ok tak gaya tahun baru Hariz ni? Dan juga dengan baju tidur Ultraman yang baru untuk tahun ini.

Tahun Baru2

Gaya Ultraman Tiga , semestinya tidak ketinggalan untuk tahun ini. Terdapat 2 pasang baju Ultraman untuk tahun baru ini.

Bye …. bye……. sehingga jumpa lagi.

Assalamualaikum,

Semperna Hari Raya lepas , Hariz telah pergi ke rumah Mak Lang di Putra Jaya. Ini lah kali pertama Hariz ke Putra Jaya , susah juga nak cari rumah Mak Lang di Present 8 ni yee. Hariz pergi untuk jamuan tengahari dan balik keesokan harinya . Malam tu Pak Lang bawa Hariz pergi jalan jalan di sekitar Putra Jaya dan Alamanda.

maklang01

Sebenarnya bukan keluarga Hariz saja, Pak cik Tan iaitu abang mak , dan Mak Aaa iaitu kakak mak sekeluarga pun ada sekali. Mak lang adalah adik mak, jadi terdapat empat beradik la hari tu dan keluarga masing masing .

maklang02

Hariz sibuk dengan aksi ala ala James Bond dengan di kelilingi oleh aweks aweks….

maklang03

Para tetamu memulakan menjamu selera…..

maklang04

Hariz masih sibuk dengan aksi aksi Ultraman pulak.

maklang05

Hidangan menyelerakan yang di sediakan oleh Pak Lang….. beruntung Mak Lang yeee….

Sekian lah saja Dairi Syawal Hariz , sebenarnya banyak lagi aktiviti dan rumah terbuka yang Hariz pergi tapi tidak dapat di rakam kan kerana kesibukan ayah Hariz untuk meng update blog ini…

Bye……. bye……………

Older Posts »